Wednesday, March 30, 2011

MaHaRaJA LaWaK!!!!!


maharaja lawak astro
Program Maharaja Lawak akan memulakan siaran mulai 1 April ini pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).berikut adalah Senarai peserta yang akan bertanding untuk merebut hadiahsebanyak rm300,000 sekaligus dinobatkan sebagai raja segala raja.
Pengacara

AC Mizal
Senarai Perserta
Johan & Zizan (Jozan)
Tauke
Yus

Nabil

Kumpulan XN3

Kumpulan Sepah

Jihan

Amir

Kecik

Idlan

Alex
Man
Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000
Sistem Undian
50% Juri
50% SMS

HAH TERUJA GILER AKU X SABAR2 TNGU PROGRAM NI BERSIARAN..TGK SAJA ZIZAN N JOHAN TIME MENGACARA DLM TV...SIYES BEZ GILER...PLUS ADA NABIL LAK..NABIL TIME RAJA LAWAK TIAP2 MINGGU DIA WAT SUMA BEZ...AKU SIAP DWLOAD SUMA PERSEMBAHAN DIA..MESTI MERIAH GILA PROGRAM MAHARAJA LAWAK...PA2 PN KITA LAYAN JE NNTI BILA DH ADA KAT TV....

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية

Wednesday, March 23, 2011

ALASAN MAHASISWA/MAHASISIWI KANTOI EXAM...

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tak sempat…
Onion Icon
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Onion Icon
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

MSN Onion Emoticon
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Onion Icon
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook..tak pun main 'game' kan . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

hehe=P
MSN Onion Emoticons
THANK TO MY FRENZ EMAIL KN BENDA NI...
SAJA SUKA2 NK SHARE...HEHE

Thursday, March 17, 2011

SIAPAKAH KITA????

  http://lilinkecil.com/images/SiapakahDiriAnda.jpg



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa membaca pos ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...